Sertai pasukan kami sebagai Rider. Waktu kerja yang fleksibel, Gig Economy sebenar
mhiawfood adalah 1 jenama P-Hailing yang baru ditubuhkan di bawah syarikat Mhibus Soft Sdn Bhd (1607009-H). Perancangan dan pembinaan satu sistem penuh bermula pada 2025. Pendaftaran Rider dan Restoran dibuka pada 16 Julai 2025, manakala untuk user pelanggan pada 25 Ogos. 41 hari pelancaran sepenuhnya adalah bertujuan untuk memastikan Rider dan Restoran mencukupi terlebih dahulu.
Kadar caj penghantaran minimum RM3.90
Kadar caj penghantaran RM0.90 setiap Kilometer
Insentif untuk melengkapkan sasaran sehingga RM10/hari
Bonus RM200 untuk Rider yang aktif secara konsisten
RM5 jika rujuk seseorang untuk sertai Rider
RM3 jika rujuk seseorang untuk sertai Restaurant
Waktu kerja yang fleksibel, On/Off ikut kehendak anda
Lebih 80+ zon tersedia di semenanjung Malaysia
Muat turun app di butang di bawah. Daftar sebagai Rider baru dengan menghantar borang pendaftaran. Kami akan maklum pada anda setelah disahkan.
App untuk Apple masih dalam pembangunan. Rider app dan Restaurant app versi Apple akan tersedia di App Store pada 1 Ogos 2025. Manakala Customer app versi Apple pula pada 25 Ogos 2025.
Langkah terakhir selepas akaun Rider anda disahkan, anda perlu membeli beg penghantaran mhiawfood
Berikut merupakan soalan-soalan yang sering dikemukakan. Jika terdapat soalan lain, anda boleh e-mel kami terus.
Anda boleh melihat senarai zon yang tersedia sewaktu pendaftaran di Rider App.
Maaf, buat masa ini mhiawfood hanya ditawarkan di Semenanjung Malaysia sahaja.
Pendaftaran di Rider App > Pendaftaran disahkan > Pembelian beg penghantaran mhiawfood > Lengkapkan profil & maklumat bank anda > 20 Ogos 2025, beg penghantaran boleh diambil atau mula dihantar ke alamat anda > 25 Ogos, anda boleh mula bekerja.
Maaf, anda wajib mempunyai sekurang-kurangnya lesen ‘P’.
Maaf, anda wajib mempunyai sekurang-kurangnya lesen ‘P’.
1 – 2 hari bekerja.
Anda tidak boleh memohon pengeluaran pendapatan/gaji. Sebaliknya pendapatan/gaji Rider akan dibayar secara automatik setiap 7 hari iaitu pada hari Isnin. Pastikan maklumat bank anda betul.
Pesanan untuk Rider adalah secara manual. Bermaksud anda boleh lihat senarai pesanan tersedia, butiran maklumat alamat & jarak, seterusnya anda boleh pilih terima atau tolak. Perlu diingatkan, pesanan tidak boleh dibatalkan setelah anda terima. Sila lihat penerangan pada soalan berikut.
Rider, Restoran & Pelanggan tidak boleh membatalkan pesanan setelah dibuat/diterima. Sila hubungi talian hotline ini untuk membatalkan pesanan. Perlu diingatkan, pembatalan pesanan memerlukan bukti yang kukuh. Jadi anda perlu berunding dengan admin mhiawfood terlebih dahulu. Jika anda tidak mengambil pesanan, akaun anda mungkin akan dibekukan.
Kebiasaan zon adalah 10KM. Terdapat juga zon besar, namun ia tidak melebihi dari 20KM.
mhiawfood tidak menawarkan kaedah pembayaran COD (Cash On Delivery atau Tunai Semasa Penghantaran). Hal ini bagi memudahkan Rider & Restoran. Segalanya melalui pembayaran digital.
mhiawfood adalah telus dalam hal ini. Berikut merupakan contoh caj yang akan anda terima:
0.10KM – 3.90KM = RM3.90
3.91KM – 10.00KM = RM10.00
3.91KM – 20.00KM = RM20.00