Sertai pasukan kami sebagai Rakan Restoran. Kami merupakan salah satu aplikasi penghantaran makanan yang berbaloi untuk disertai.
mhiawfood adalah 1 jenama P-Hailing yang baru ditubuhkan di bawah syarikat Mhibus Soft Sdn Bhd (1607009-H). Perancangan dan pembinaan satu sistem penuh bermula pada 2025. Pendaftaran Rider dan Restoran dibuka pada 16 Julai 2025, manakala untuk user pelanggan pada 25 Ogos. 41 hari pelancaran sepenuhnya adalah bertujuan untuk memastikan Rider dan Restoran mencukupi terlebih dahulu.
Komisen serendah 15%
2x/7 pengeluaran automatik
Filter Halal & Pemilik Muslim
Filter Veg & Bukan-Veg
Notifikasi status pesanan
Sertai kempen yang dianjurkan oleh Admin
Tetapkan masa penyediaan makanan
Profil makanan & restoran
Lebih daripada 80 zon tersedia di Semenanjung Malaysia
Tetapkan waktu tersedia untuk makanan dan operasi restoran
Lihat sejarah pesanan dan butiran laporan perbelanjaan
Boleh chat secara langsung dengan Pelanggan dan juga Rider
Muat turun app di butang di bawah. Daftar sebagai Rider baru dengan menghantar borang pendaftaran. Kami akan maklum pada anda setelah disahkan.
App untuk Apple masih dalam pembangunan. Rider app dan Restaurant app versi Apple akan tersedia di App Store pada 1 Ogos 2025. Manakala Customer app versi Apple pula pada 25 Ogos 2025.
Berikut merupakan soalan-soalan yang sering dikemukakan. Jika terdapat soalan lain, anda boleh e-mel kami terus.
mhiawfood adalah telus dalam hal ini. 15% akan di caj bagi setiap pesanan. Oleh itu pemilik Restoran perlu memastikan harga yang sesuai.
Anda boleh melihat senarai zon yang tersedia sewaktu pendaftaran di Restoran App.
Maaf, buat masa ini mhiawfood hanya ditawarkan di Semenanjung Malaysia sahaja.
Pendaftaran di Restoran App > Pendaftaran disahkan > Lengkapkan profil pemilik, maklumat restoran, menu makanan & maklumat bank anda > 25 Ogos, anda boleh On App untuk mula terima pesanan.
Maaf, anda wajib mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada sijil berkenaan.
Untuk memasukkan restoran dalam kategori ‘Halal’, anda perlu mempunyai sijil Halal yang sah daripada badan/organisasi Halal. Anda boleh memilih dua pilihan lain iaitu ‘Pemilik Muslim’ atau ‘Tidak Halal’.
1 – 2 hari bekerja.
Anda tidak boleh memohon pengeluaran pendapatan. Sebaliknya pendapatan Restoran akan dibayar secara automatik setiap hari Isnin & Khamis. Pastikan maklumat bank anda betul.
Rider, Restoran & Pelanggan tidak boleh membatalkan pesanan setelah dibuat/diterima. Sila hubungi talian hotline ini untuk membatalkan pesanan. Perlu diingatkan, pembatalan pesanan memerlukan bukti yang kukuh. Jadi anda perlu berunding dengan admin mhiawfood terlebih dahulu. Jika anda tidak mengambil pesanan, akaun anda mungkin akan dibekukan.
mhiawfood tidak menawarkan kaedah pembayaran COD (Cash On Delivery atau Tunai Semasa Penghantaran). Hal ini bagi memudahkan Rider & Restoran. Segalanya melalui pembayaran digital.